eKedai
Troli kosong
Instagram Twitter Facebook Aduan
13000
0
1990
20
Info Terkini

Aktiviti & Pengumuman Terkini

Info Grafik
Perkhidmatan Lembaga Kaunselor Malaysia

Perkhidmatan Kami

Pendaftaran Kaunselor

Daftar sebagai Kaunselor Berdaftar atau Kaunselor Pelatih di bawah Akta Kaunselor 1998.

Direktori Kaunselor

Cari kaunselor berdaftar dengan pilihan tapisan mengikut katakunci atau lokasi/negeri.

Pembaharuan Sijil

Perbaharui Sijil Amalan Kaunseling anda melalui platform dalam talian terkini kami, MYeLKM.

Muat Turun

Ruangan muat-turun borang, garis panduan, aplikasi MYeLKM dan dokumen berkaitan.
Tentang Lembaga Kaunselor Malaysia

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan merupakan satu kenyataan rasmi yang menggambarkan janji dan komitmen agensi kerajaan untuk memberikan perkhidmatan awam yang berkualiti, cekap, telus dan mesra pelanggan. Ia memperincikan standard perkhidmatan, tempoh masa penyampaian, serta hak dan tanggungjawab pelanggan apabila berurusan dengan agensi kerajaan. Piagam ini bertujuan untuk memaklumkan orang ramai tentang tahap perkhidmatan yang boleh dijangkakan dan memberi asas kepada penilaian terhadap prestasi agensi tersebut.

Misi

Perkhidmatan Kaunseling Sebagai Tonggak Kesejahteraan Masyarakat dalam Membina Keseimbangan Emosi, Kesihatan Mental dan Keharmonian Sosial.

Visi

Memperkasa Agenda Perkhidmatan Kaunseling Secara Menyeluruh Bagi Memperluas Aksesibiliti Masyarakat Terhadap Perkhidmatan Kaunseling.

Tabung Ehsan

Sumbangan Tabung Ehsan Waris Kaunselor Berdaftar

Berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2018, Lembaga Kaunselor telah mewujudkan satu Tabung Ehsan Waris Kaunselor Berdaftar yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sekiranya berlaku kematian kaunselor berdaftar, waris diminta memaklumkan kepada Lembaga Kaunselor supaya sumbangan dapat disalurkan kepada waris mengikut syarat yang telah ditetapkan.

 

Borang Pemakluman bagi Sumbangan Tabung Ehsan Waris Kaunselor Berdaftar boleh di muat turun di Portal Lembaga Kaunselor dan waris perlu menyerahkan borang tersebut kepada Urus Setia Lembaga Kaunselor seperti alamat yang tertera di bawah atau emel ke [email protected]. Sekira ada pertanyaan sila hubungi Urus Setia Lembaga Kaunselor di talian 03-83232522/2524/2527.

Agensi Berkaitan
error: Kandungan Terpelihara !!!