Apakah Perakuan Amalan Dwitahunan (PAD)?
Perakuan Amalan Dwitahunan (PAD) ialah perakuan rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia kepada Kaunselor Berdaftar yang membolehkan mereka menjalankan amalan kaunseling secara sah di Malaysia bagi tempoh dua (2) tahun.
Siapakah yang perlu memohon PAD?
Semua Kaunselor Berdaftar yang ingin menjalankan amalan kaunseling wajib memiliki PAD yang sah.
Berapakah tempoh sah PAD?
Tempoh sah PAD adalah selama dua (2) tahun dari tarikh kelulusan.
Bilakah permohonan pembaharuan perlu dibuat?
Permohonan pembaharuan disarankan dibuat (sebulan/dua bulan )sebelum tarikh tamat tempoh bagi memastikan kelangsungan amalan kaunseling.
Bagaimanakah cara memohon pembaharuan PAD?
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem MYeLKM.
Apakah dokumen yang diperlukan?
Pemohon perlu mengemukakan:
- Rekod mata CPD
- Maklumat pekerjaan semasa
- Dokumen sokongan aktiviti profesional
- Maklumat lain yang ditetapkan dalam sistem
Apa kah itu CPD?
CPD (Continuous Professional Development) merujuk kepada aktiviti pembangunan profesional berterusan untuk meningkatkan kompetensi kaunselor.
Apakah aktiviti yang dikira sebagai CPD?
Antara aktiviti yang layak diambil kira ialah:
- Kursus dan latihan profesional
- Seminar, bengkel dan persidangan
- Penyelidikan atau penerbitan
- Aktiviti akademik berkaitan
Berapakah jumlah mata CPD diperlukan?
Jumlah mata CPD adalah tertakluk kepada garis panduan semasa Lembaga Kaunselor Malaysia. (Boleh dirujuk atau dimuat turun dari Portal LKM)
Adakah semua aktiviti boleh dikira sebagai CPD?
Tidak. Hanya aktiviti berkaitan kaunseling yang diiktiraf sahaja akan dipertimbangkan.
Bagaimanakah cara merekodkan CPD?
Rekod CPD perlu dimasukkan dalam sistem MYeLKM berserta dokumen sokongan.
Adakah bayaran dikenakan?
Ya, fi pembaharuan dikenakan mengikut kadar semasa.
Bagaimanakah bayaran dibuat?
Bayaran dibuat melalui kaedah yang disediakan dalam sistem MYeLKM.
Berapakah masa tempoh pemprosesan?
Bergantung kepada kelengkapan dokumen dan proses semakan.
Bagaimana menyemak status permohonan?
Status boleh disemak melalui akaun MYeLKM pemohon.
Bolehkah permohonan ditolak?
Ya, jika tidak memenuhi syarat atau dokumen tidak lengkap.
Apa berlaku jika PAD tamat tempoh?
Kaunselor tidak dibenarkan beramal sehingga pembaharuan diluluskan.
Bolehkah mohon selepas tamat tempoh?
Boleh, namun tertakluk kepada syarat tambahan.
Adakah penalti dikenakan?
Tertakluk kepada ketetapan semasa Lembaga Kaunselor.
Di mana maklumat terkini boleh diperoleh?
Melalui laman web rasmi dan hebahan Lembaga Kaunselor Malaysia.
Siapa boleh dihubungi?
Urusetia Lembaga Kaunselor Malaysia melalui saluran rasmi.





Users Today : 8
Pengunjung Semalam : 63
Pengunjung 7 Hari Lepas : 615
Pengunjung 30 Hari Lepas : 1861
Pengunjung Bulan Ini : 1396
Pengunjung Tahun Ini : 1861
Total Users : 2227993
Pengunjung Dalam Talian : 0