eKedai
Troli kosong
Instagram Twitter Facebook Aduan

Soalan Lazim

Soalan Lazim

Aduan Salah Laku Kaunselor

Apakah aduan salah laku kaunselor?

Laporan berkaitan pelanggaran etika, undang-undang atau profesionalisme kaunselor.

Siapa boleh membuat aduan?

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan.

Apakah jenis salah laku yang boleh diadukan?

  • Pelanggaran etika
  • Penyalahgunaan kuasa
  • Tingkah laku tidak profesional
  • Pelanggaran kerahsiaan
  • Amalan tanpa PAD sah

Bagaimana cara untuk membuat aduan?

  • E-mel
  • Surat rasmi
  • Borang aduan (boleh diperolehi dari Laman Web rasmi LKM)
  • Saluran rasmi lain

Apakah maklumat diperlukan untuk membuat aduan?

  • Maklumat pengadu
  • Nama kaunselor (jika ada)
  • Perincian kejadian
  • Bukti sokongan

Adakah identiti pengadu dirahsiakan?

Ya, tertakluk kepada prosedur.

Boleh membuat aduan tanpa nama?

Boleh dipertimbangkan jika maklumat mencukupi.

Apa tindakan selepas aduan diterima?

  • Semakan awal
  • Penilaian
  • Siasatan lanjut

Berapa lamakah tempoh siasatan diambil?

Bergantung kepada kes.

Adakah pengadu dimaklumkan tentang hasil siasatan?

Ya, tertakluk kepada prosedur.

Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap terhadap kaunselor ?

  • Amaran
  • Tindakan tatatertib
  • Penggantungan perakuan amalan
  • Pembatalan pendaftaran dan perakuan amalan

Bolehkah aduan ditarik balik oleh pengadu?

Boleh, namun Lembaga boleh teruskan siasatan jika perlu.

Bolehkah tindakan dilakukan terhadap pengamal bukan kaunselor berdaftar?

Boleh dilaporkan untuk tindakan lanjut.

Bagaimana hendak memastikan pengamal adalah kaunselor berdaftar ?

Boleh buat semakan atau aduan kepada Lembaga.

error: Kandungan Terpelihara !!!