Apakah yang dimaksudkan dengan permohonan dalam talian melalui MYeLKM?
Permohonan dalam talian melalui MYeLKM merujuk kepada proses pendaftaran atau permohonan yang dibuat secara atas talian melalui sistem MYeLKM yang disediakan oleh LKM.
Bermula 12 Januari 2026, semua permohonan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian dan LKM tidak lagi menerima penghantaran permohonan secara manual.
Berapakah jumlah bayaran permohonan Kaunselor Berdaftar dan bagaimana kaedah pembayarannya?
Jumlah keseluruhan bayaran permohonan ialah RM300, yang dibahagikan kepada dua peringkat:
- RM50 – Wang proses permohonan (dibayar semasa penghantaran permohonan)
- RM250 – Baki pendaftaran (dibayar selepas permohonan diluluskan)
Bayaran tambahan penghantaran sijil (jika berkaitan):
- RM10 – Semenanjung Malaysia
- RM14 – Sabah dan Sarawak
Tiada caj dikenakan sekiranya sijil diambil sendiri di pejabat LKM.
Nota Penting:
Semua bayaran (wang proses, baki pendaftaran, dan caj pos) hendaklah dibuat dalam satu transaksi sahaja. Pembayaran berasingan atau tidak lengkap boleh menyebabkan kelewatan pemprosesan dan penghantaran sijil.
Adakah program pengajian yang diikuti perlu diiktiraf oleh LKM dan disenaraikan dalam MQR?
Ya. Pemohon mestilah lulusan daripada program Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dalam bidang kaunseling yang:
- Diiktiraf oleh LKM, dan
- Disenaraikan dalam Malaysian Qualifications Register (MQR) di bawah kod bidang berkaitan kaunseling (Kod 0923).
Apakah keperluan jam internship bagi permohonan ini?
Pemohon wajib menyempurnakan minimum 504 jam internship (atau mengikut piawaian semasa LKM), yang merangkumi latihan dalam bidang bimbingan dan kaunseling.
Adakah pemohon perlu bebas daripada rekod jenayah dan berada dalam keadaan kesihatan yang baik?
Ya. Pemohon mestilah:
- Tidak mempunyai rekod jenayah yang menjejaskan integriti profesional, dan
- Berada dalam keadaan kesihatan mental dan fizikal yang baik untuk menjalankan tugas kaunselor secara selamat.
Adakah menjadi kesalahan menjalankan amalan kaunseling tanpa pendaftaran sah?
Ya. Berdasarkan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580), khususnya Seksyen 22 dan 23:
- Seseorang tidak dibenarkan menjalankan amalan kaunseling atau menggunakan gelaran “Kaunselor Berdaftar” tanpa pendaftaran sah dengan LKM.
- Pelanggaran boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk denda atau penjara.
Apakah dokumen yang perlu disediakan untuk permohonan?
Pemohon perlu menyediakan dan memuat naik dokumen berikut dalam format digital (PDF) yang jelas melalui sistem MYeLKM:
- Resume terkini
- Salinan Kad Pengenalan / Pasport (disahkan benar)
- Salinan Sijil Ijazah Sarjana Muda (disahkan benar)
- Salinan Transkrip Akademik (disahkan benar)
- Borang bidang kursus pengajian
- Rumusan jumlah jam internship (minimum 504 jam)
- Gambar berukuran pasport (mengikut spesifikasi sistem)
Semua dokumen adalah tertakluk kepada semakan oleh urus setia LKM.





Users Today : 8
Pengunjung Semalam : 63
Pengunjung 7 Hari Lepas : 615
Pengunjung 30 Hari Lepas : 1861
Pengunjung Bulan Ini : 1396
Pengunjung Tahun Ini : 1861
Total Users : 2227993
Pengunjung Dalam Talian : 0