SUMBANGAN TABUNG EHSAN WARIS KAUNSELOR BERDAFTAR
Berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2018, Lembaga Kaunselor telah mewujudkan satu Tabung Ehsan Waris Kaunselor Berdaftar yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Sekiranya berlaku kematian kaunselor berdaftar, waris diminta memaklumkan kepada Lembaga Kaunselor supaya sumbangan dapat disalurkan kepada waris mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Borang Pemakluman bagi Sumbangan Tabung Ehsan Waris Kaunselor Berdaftar boleh di muat turun di Portal Lembaga Kaunselor dan waris perlu menyerahkan borang tersebut kepada Urus Setia Lembaga Kaunselor seperti alamat yang tertera di bawah atau emel ke [email protected]. Sekira ada pertanyaan sila hubungi Urus Setia Lembaga Kaunselor di talian 03-83232522/2524/2527.





Users Today : 8
Pengunjung Semalam : 63
Pengunjung 7 Hari Lepas : 615
Pengunjung 30 Hari Lepas : 1861
Pengunjung Bulan Ini : 1396
Pengunjung Tahun Ini : 1861
Total Users : 2227993
Pengunjung Dalam Talian : 1