
Lembaga Kaunselor Malaysia memandang serius terhadap isu viral menyatakan Pengasas eHati merupakan seorang kaunselor berdaftar.
Semakan serta siasatan dibuat oleh Lembaga Kaunselor Malaysia Pengasas eHati (Diyana binti Tahir) bukan seorang kaunselor berdaftar dan tidak berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.
Untuk makluman, perkhidmatan kaunseling hanya boleh djalankan oleh seorang kaunselor yang berdaftar sepertimana yang termaktub dalam Akta Kaunselor 199B (Akta 580) seperti berikut:
Seksyen 22 (1) – Tiada seorang pun boleh-
Mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan atau mengemukakan dirinya sebagai mengamal atau menjalankan atau mengendalikan, amalan sebagai kaunselor atau bekerja sebagai kaunselor
Menggunakan gelaran ‘kaunselor berdaftar atau apa-apa gelaran dalam apa-apa bahasa yang mungkin semunasabahnya ditafsirkan sebagai menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor berdaftar, atau
Menggunakan atau mempamerkan apa-apa tanda, papan, kad atau reka bentuk lain yang menggambarkan atau menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor berdaftar
(2) – Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya
Seksyen 23 (1) – Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai kaunselor melainkan jika dia memegang suatu perakuan amalan yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Yang benar,
Pendaftar
Lembaga Kaunselor Malaysia





Users Today : 3
Pengunjung Semalam : 57
Pengunjung 7 Hari Lepas : 604
Pengunjung 30 Hari Lepas : 1850
Pengunjung Bulan Ini : 1385
Pengunjung Tahun Ini : 1850
Total Users : 2227982
Pengunjung Dalam Talian : 0